Koperasi Muamalah Islamiyah terunggul di peringkat
nasional dan antarabangsa.

 




Shopping Cart

No Items In Your CartTotal:Rm 0.00 View Your CartCheckout

Product Categories

Popular Products

No Products Set

Featured Products

100 Masalah

100 Masalah

Rm 250.00

Latar belakang KOBI

Pada tahun 1995, 5 orang yang terdiri daripada kalangan usahawan, pegawai kerajaan dan pendidik telah bergabung idea dan tenaga dalam usaha untuk menubuhkan sebuah koperasi di Pahang. Hasilnya, pada Februari 1996 sebuah koperasi yang dikenali sebagai Koperasi Bimbingan Insan Berhad telah berjaya ditubuhkan setelah undang-undang kecil (UUK) KOBI telah diluluskan dalam Mesyuarat Agong Pertama.

Pada permulaan penubuhan Koperasi Bimbingan Insan Berhad, koperasi telah mempunyai ahli seramai 70 orang ahli. Kini, setelah 15 tahun beroperasi, koperasi ini telah mempunyai ahli seramai 310 orang ahli. KOBI ditubuhkan dengan menjadikan sektor pendidikan dan perkhidmatan sebagai dasar penubuhan. Sebagai permulaan KOBI telah menubuhkan sebuah taska, tadika dan kelas fardhu ain di Temerloh.

Koperasi Bimbingan Insan Berhad telah diurus dan di tadbir oleh 12 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan berteraskan pendidikan dan pembangunan insan. Pengurusan yang baik adalah sangat penting untuk meningkatkan prestasi koperasi. Selain itu, koperasi hendaklah dipimpin oleh Ahli Lembaga yang berpengetahuan luas dan berdedikasi. Oleh itu, ALK KOBI sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan ahlinya dan meningkatkan prestasi KOBI. Hasilnya, KOBI telah berjaya menerima dua anugerah iaitu Anugerah Koperasi Harapan pada tahun 2006 dan Anugerah Perkhidmatan Terbaik pada tahun 2007. Kedua-dua anugerah ini telah diterima pada Hari Koperasi Negara di peringkat negeri Pahang.

Pada tahun 2009, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengarahkan KOBI untuk menukar namanya dari Koperasi Bimbingan Insan Berhad kepada Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad. Sehingga disember 2010, prestasi Koperasi Bimbingan Insan Pahang Berhad telah mencatatkan peningkatan dalam setiap aspek, contohnya, koperasi telah memiliki sebuah bangunan sebagai aset, bilangan ahli semakin bertambah dan perkhidmatan yang disediakan juga semakin meningkat.

KelasAlQuran&Tajwid.jpg

KelasAlQuran&Tajwid

Pejabat-KOBI.jpg

Pejabat

Sekolah-Rendah-Ibnu-Abbas.jpg

Sekolah

Tadika-Almunawwarah.jpg

Tadika